Artikel mengenai kesan kebiadaban di dunia siber oleh Dr Rahmat Ghazali telah menjadi salah satu masalah di dalam negara kita sekarang. Penyalahgunaan teknologi terkini oleh golongan individu atau organisasi tertentu hanya untuk mendapatkan sesuatu kepentingan tertentu. Kemunculan internet telah menimbulkan pelbagai maklumat yang dikeluarkan itu samada benar atau salah, idea dan propaganda.
Kebanyakkan rakyat malaysia juga menerima akibat daripada aktiviti jenayah ini yang menggunakkan ruang siber sebagai mediumnya untuk menyampaikan maklumat yang tidak benar. Tidak dinafikan lagi dalam persaingan dunia global sekarang, ancaman siber sering dihadapi oleh pengguna komputer masa kini mempunyai sambungan sambungan kepada rangkaian internet. Selain itu, kesalahan maklumat yang diberikan kepada individu yang lain boleh mengakibatkan hubungan pelbagai kaum di negara kita iaitu Malaysia yang dikenali sebagai negara hidup aman damai.
Mengikut konteks oleh Dr Rahmat Ghazali mengatakan bahawa pertentangan ini dapat dikesan daripada kelewahan bahasa kesat dengan caci-cerca dan maki-hamun sesama kaum yang berlangsung melalui internet.Susana demikian pastinya tidak membantu Gagasan 1 Malaysia apatah lagi membina hubungan empatetik antara pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam.
Ini adalah salah satu contoh individu yang menggunakan bahasa yang sangat kesat, mencaci dan menghina kaum lain serta tidak menghormati bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Adakah ini patut terjadi di dalam negara kita yang dahulunya hidup harmoni tanpa gangguan???
Perkara sebegini mampu merosakkan pemikiran atau minda seseorang individu terhadap negaranya sendiri. Oleh itu, terdapat pandangan dan individu menggunakan bahasa kesat di dalam internet untuk melepaskan kemarahan yang meluap terhadap kerajaan. Inilah masalah yang dihadapi oleh politik di dalam negara kita kerana sudah tiada sifat moral dan budi pekerti oleh seseorang indivdu terhadap individu yang lain.
Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang termaktub di dalam perlembagaan mengatakan ''Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 3(3)) menyebut tiada sebarang akta boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan di Internet. Oleh disebabkan itu, ramai penulis blog berselindung di sebalik akta itu bagi 'menghalalkan' setiap penulisan yang terdapat di dalam laman blog mereka.
Ia sering ditafsir sebagai 'lesen besar' bagi blogger untuk tidak mempunyai tapisan di dalam setiap apa jua yang dimuatkan di dalam laman blog masing-masing. Dalam kehidupan manusia tidak ada kebebasan yang mutlak dan perkara ini mesti difahami segera supaya pengguna internet tidak boleh bermaharajalela menyebarkan fitnah.
Undang-undang siber tidak lagi boleh diharapkan untuk melindungi kita dari ancaman siber. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan beribu-ribu batu jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita sukar mengetahui siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Demi menyelamatkan keamanan negara ini pihak berkuasa atau pihak tertentu perlu segera menangkis masalah ini segera sebelum menjadi perkara yang tidak diduga terjadi.
2 comments:
...nak harap dekat SKMM..tapi SKMM pon kena serang dgn anynomous(hacker) baru2 ni... hackers rule the cyber world. =_= sigh
oleh itu kerajaan atau pihak SKMM harus update tentang perkembangan cyber world sekarang.setuju sangat!!! thanx:)
Post a Comment