Monday 14 November 2011

Kebebasan Mutlak Media Baru akan Bawa Bencana Kepada Keharmonian Sosial




Media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej. Untuk memperolehi mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Demi menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur.

Dalam sejarah negara kita sendiri telah menunjukkan bahawa media massa boleh mengugat perpaduan etnik. Namun demikian, media massa telah gagal dalam melaksanakan peranannya dalam hubungan etnik. Pengaruh barat telah mersap ke dalam pemikiran masyarakat kini terutamanya di kalangan remaja dan ini seterusnya dapat mengugat keharmonian sosial serta perpaduan kaum di negara kita. Pengaruh asing yang tidak terkawal dan tidak bermoral turut membawa unsur-unsur ' CULTURAL IMPERALISMA'.

Mesej yang mampu menyentuh perasaan dan mempengaruhi pemikiran serta mencorakkan sikap tertentu boleh mengakibatkan ada di kalangan individu yang memanadang serong ini kerana kita di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan ia boleh menyebabkan keharmonian sosial di Malaysia.
Pada zaman sekarang merupakan zaman siber yang mula beroperasi pada tahun 1995 digunakan oleh seluruh masyarakat yang boleh mengancam keharmonian sosial di Malaysia.

Media kita perlu memainkan peranan untuk mewujudkan integrasi antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung untuk membentuk masyarakat bersatu padu dan meruntuhkan segala pandangan yang negatif terhadap agama, budaya dan etnik. Keharmonian dan kestabilan lebih utama daripada kebebasan. Kebebasan mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul dengan menghormati sensitiviti dan kemuliaan agama, sejarah, dan budaya masyarakat.

Selain itu, dengan adanya internet terdapat beberapa sesawang atau laman web yang menyediakan tempat berhubungan di antara individu dengan individu yang lain iaitu blogspot, facebook dan twitter ia boleh disalahgunakan untuk menghasut masyarakat atau menyebarkan fitnah. Pihak yang tidak bertanggungjawab dapat menyebarkan berita palsu dan dapat menggugat keamanan negara lantas menyebabkan negara huru hara.

Salah satu blog yang menjadi tumpuan pihak orang ramai serta pihak kerajaan ialah blog rekaan Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali dengan singkatan RPK telah menjadi hentaman yang hebat menyebabkan dirinya sendiri dan kemudiannya memperhambakan nasib diri akibat kelantangannya bersuara di tahanan ISA. Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam laman webnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".




Selain itu artikel tersebut berunsur fitnah dan palsu terhadap pemimpin negara bertujuan untuk menjejaskan keyakinan dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang mana seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan Malaysia. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh memudaratkan banyak pihak disekeliling.

Malaysia merupakan negara yang berpandukan sistem demokrasi, tetapi bukan semua perkara kita boleh sesuka hati menulis di blog ini. Kewujudan media baru telah menyebabkan seluruh masyarakat dunia telah menjadi keutamaan lebih dari segala-galanya.

Para pengguna media komunikasi pula perlu memilih mesej yang memberi manfaat berlandaskan prinsip akhlak yang mulia. Untuk memastikan media komunikasi bergerak sebagai pendidik masyarakat sebenar, penguatkuasaan undang-undang perlu tegas. Pihak berkuasa perlu tampil menggariskan kokurikulum media komunikasi yang lebih berbudaya dan berakhlak mulia.

Pengetahuan untuk membezakan kebenaran sesuatu seharusnya disasarkan kepada golongan muda agr generasi akan datang lebih prihatin akan isu-isu semasa terutamanya di negara Malaysia yang berbilang kaum. Kesimpilannya, kesedaran masyarakat dapat mengelakkan media massa daripada mendatangkan kesan negatif.
Tuesday 1 November 2011

Kesan Kebiadaban Mengatasi Kebatasan Tanpa Had



Artikel mengenai kesan kebiadaban di dunia siber oleh Dr Rahmat Ghazali telah menjadi salah satu masalah di dalam negara kita sekarang. Penyalahgunaan teknologi terkini oleh golongan individu atau organisasi tertentu hanya untuk mendapatkan sesuatu kepentingan tertentu. Kemunculan internet telah menimbulkan pelbagai maklumat yang dikeluarkan itu samada benar atau salah, idea dan propaganda.

Kebanyakkan rakyat malaysia juga menerima akibat daripada aktiviti jenayah ini yang menggunakkan ruang siber sebagai mediumnya untuk menyampaikan maklumat yang tidak benar. Tidak dinafikan lagi dalam persaingan dunia global sekarang, ancaman siber sering dihadapi oleh pengguna komputer masa kini mempunyai sambungan sambungan kepada rangkaian internet. Selain itu, kesalahan maklumat yang diberikan kepada individu yang lain boleh mengakibatkan hubungan pelbagai kaum di negara kita iaitu Malaysia yang dikenali sebagai negara hidup aman damai.

Mengikut konteks oleh Dr Rahmat Ghazali mengatakan bahawa pertentangan ini dapat dikesan daripada kelewahan bahasa kesat dengan caci-cerca dan maki-hamun sesama kaum yang berlangsung melalui internet.Susana demikian pastinya tidak membantu Gagasan 1 Malaysia apatah lagi membina hubungan empatetik antara pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam.


Ini adalah salah satu contoh individu yang menggunakan bahasa yang sangat kesat, mencaci dan menghina kaum lain serta tidak menghormati bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Adakah ini patut terjadi di dalam negara kita yang dahulunya hidup harmoni tanpa gangguan???







Perkara sebegini mampu merosakkan pemikiran atau minda seseorang individu terhadap negaranya sendiri. Oleh itu, terdapat pandangan dan individu menggunakan bahasa kesat di dalam internet untuk melepaskan kemarahan yang meluap terhadap kerajaan. Inilah masalah yang dihadapi oleh politik di dalam negara kita kerana sudah tiada sifat moral dan budi pekerti oleh seseorang indivdu terhadap individu yang lain.

Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang termaktub di dalam perlembagaan mengatakan ''Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 3(3)) menyebut tiada sebarang akta boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan di Internet. Oleh disebabkan itu,  ramai penulis blog berselindung di sebalik akta itu bagi 'menghalalkan' setiap penulisan yang terdapat di dalam laman blog mereka.

Ia sering ditafsir sebagai 'lesen besar' bagi blogger untuk tidak mempunyai tapisan di dalam setiap apa jua yang dimuatkan di dalam laman blog masing-masing. Dalam kehidupan manusia tidak ada kebebasan yang mutlak dan perkara ini mesti difahami segera supaya pengguna internet tidak boleh bermaharajalela menyebarkan fitnah.

Undang-undang siber tidak lagi boleh diharapkan untuk melindungi kita dari ancaman siber. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan beribu-ribu batu jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita sukar mengetahui siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Demi menyelamatkan keamanan negara ini pihak berkuasa atau pihak tertentu perlu segera menangkis masalah ini segera sebelum menjadi perkara yang tidak diduga terjadi.